Sketsa pegang tangan ni dah biasa kita tengok di kalangan orang yang sedang mabuk kepayang couple bagai nak rak bertingkat-tingkat tu kan? Dah terlalu banyak sangat kejadian seperti ini yang kita nampak,lebih-lebih lagi kalau pergi kat negeri-negeri dalam Malaysia yang agak sedikit maju tu, fuyoo! Macam-macam ada. Boleh cuci mata.. Sekejap pegang sini, sekejap pegang sana..
Lebih memalukan, kebanyakan pasangan ini dari golongan melayu-muslim. Wanita bertudung pulak tu, pakai tudung untuk tutup aurat ke atau untuk tutup lovebite rambut kerana fesyen tudung sekarang dah lawo-lawo? Orang yang dah kahwin pun segan nak romantik-romantik depan orang ramai, ni plak korang yang remaja duk buat kejadah haram tu kan? --'
Dekat LRT, si awek ni tak dapat pegang tiang or pemegang tali kat atas tu, dapat pegang tangan pakwe pun oke sangat la kan? Ye la, bila lagi dapat buat kejadah haram tu kan. Lepas tu, duk sandar2 kat dada pakwe sebab LRT tu pun tak berapa nak stabil, maklumlah inertia dia kan kuat. +__+ Owh, sangat romantik pasangan laki bini ni. Umur pun lebih kurang budak sekolah je kot..
Ye, islam mengajar kita untuk khusnu zon(bersangka baik) kepada orang lain. Tapi, kalau benda macam ni, mintak maap la nak bersangka baik, selagi boleh tegah kita tegah! Haih, memang rasa nak tegur masa tu, tapi fikirkan diri ini hanya la perempuan lemah (tak ada tali hitam dalam taekwondo,tak gheti nak belasah oghang :P), maka tegah dari hati untuk tidak melakukan perkara yang sama adalah lebih baik. Maka sama-sama lah renungkan apakah sumbangan kita kepada agama kita sendiri.. Jap,ada kaitan ke? -__-.
p/s : Dosa wey pegang tangan orang bukan muhrim, pegang khinzir yang comel tu pun boleh samak lagi. Dok sah la kumpul dosa, yang sedia ada pun dah banyak dok?
No comments:
Post a Comment