Blogger Templates
Knowledge is my companion, it is with me wherever I go. My heart is its container, not the bookshelf.

Wednesday, July 20, 2011

Ciri-ciri hamba Allah yg mncintai Allah SWT

oleh : Ustadz Muhammad Arifin Ilham



Saudara-saudariku yang kucintai kerana Allah. Tajuk kita kali ini ialah ciri hamba-hamba Allah yang mencintai Allah SWT.

Yang pertama, Allah tujuan hidupnya, Allah ghayatuna.

Yang kedua, sangat taat kepada Allah SWT, istiqomah, berpegang teguh pada syariat Allah SWT.

Yang ketiga, mencintai mereka yang dicintai oleh Allah, (iaitu) para Rasul, para Anbiyya, para aulia, hamba-hamba Allah yang jujur, para syuhada, hamba-hamba Allah yang soleh.

Yang keempat, dengan senang hati melakukan apa yang Allah perintahkan untuk dirinya, dan apa yang Allah larang untuk dirinya. Kerana ia tahu perintah-larangan Allah untuk kebaikan dirinya.

Yang kelima, selalu ingat kepada Allah, selalu berzikir kepada Allah SWT. Selama berzikir bererti selama itu ia bersama Allah.

Yang keenam, mengunjungi rumah Allah, Ka'bah Baitullah, Haji bagi mereka yang mampu. Umrah demi umrah, mengunjungi rumah Allah, masjid, ia jaga solat berjemaah.

Kemudian mengunjungi nabi Muhammad SAW ke Madinah, ziarah, berselawat kepada baginda, dan menjadikan baginda sebagai teladan dalam hidupnya. Mencintai Allah bererti mencintai nabi Allah.

Kemudian sangat senang membaca kalamullah, Al Qur'anul karim.

Yang kesembilan, sangat senang menyampaikan ajaran Allah, mendakwahkan ajaran Allah, pada diri sendiri, keluarga, sahabat, dan kepada sesiapa pun.

Kemudian percaya yakin, benar-benar beriman kepada semua janji-janji Allah. Janji Allah di dunia, janji Allah di akhirat. Keyakinan kepada janji Allah melahirkan akhlaq yang mulia.

Kemudian percaya & yakin orang  beriman akan ditolong oleh Allah. Inilah Allah janjikan dalam surah Yunus ayat 62.

    "Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Yaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan} di akhirat. Tidak ada perobahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar." (QS. Yunus: 62-64)


Sesungguhnya kekasih-kekasih Allah tidak takut apa yang akan terjadi, tidak bersedih apa yang sudah terjadi. Karena mereka benar-benar cinta, beriman kepada Allah, dan mereka hidup dalam ketaqwaan kepada Allah. Bagi mereka kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat, dan itu pasti bagi mereka. Itulah kemenangan besar untuk mereka.

Kemudian, selalu melakukan yang terbaik untuk Allah, jihad fii sabilillah. Kemudian merindukan perjumpaan dengan-Nya. Subhanallah. Dan sangat senang menikmati ibadah, khusyuk dalam beribadah, merupakan bukti cinta kepada Allah, kekasih menghadap kekasih. Bukankah kekasih senang bermesraan dengan kekasihnya. Waktu bermesraan dengan kekasih adalah waktu-waktu beribadah kepada-Nya.

Subhanakallahumma wabihamdika asyhaduallaailaahailla anta astaghfiruka wa atubuilaik. 



Wednesday, July 6, 2011

taubat...

Kita diciptakan daripada tanah, dan akan kembali menjadi tanah. Kelahiran kita disambut dengan alunan azan dan akhir nafas kita akan diakhiri dengan solat. Bagaimana kita mencorak kehidupan selama masa yang hanya sebentar iqamat itu?

"Jangan menantikan senja baru akan terdetik untuk pulang ke pengkalan takut tertewas di lautan" ..... Taubat adalah sebaik-baiknya jalan kepada semua kekusutan...






Sunday, July 3, 2011

Beringat2 i2 Perlu..

Buat renungan kita bersama:

FACEBOOK selepas kita mati
Mari kita renung-renungkan bersama
fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..
dan
selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu
tetapi..
sedarkah kita,
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?
lelaki ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..

macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?
mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya

tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita

cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat
tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~
jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu

Saturday, July 2, 2011

Berpegangan Tangan i2 small matter?




Sketsa pegang tangan ni dah biasa kita tengok di kalangan orang yang sedang mabuk kepayang couple bagai nak rak bertingkat-tingkat tu kan? Dah terlalu banyak sangat kejadian seperti ini yang kita nampak,lebih-lebih lagi kalau pergi kat negeri-negeri dalam Malaysia yang agak sedikit maju tu, fuyoo! Macam-macam ada. Boleh cuci mata.. Sekejap pegang sini, sekejap pegang sana.. 

Lebih memalukan, kebanyakan pasangan ini dari golongan melayu-muslim. Wanita bertudung pulak tu, pakai tudung untuk tutup aurat ke atau untuk tutup lovebite rambut kerana fesyen tudung sekarang dah lawo-lawo? Orang yang dah kahwin pun segan nak romantik-romantik depan orang ramai, ni plak korang yang remaja duk buat kejadah haram tu kan? --'

Dekat LRT, si awek ni tak dapat pegang tiang or pemegang tali kat atas tu, dapat pegang tangan pakwe pun oke sangat la kan? Ye la, bila lagi dapat buat kejadah haram tu kan. Lepas tu, duk sandar2 kat dada pakwe sebab LRT tu pun tak berapa nak stabil, maklumlah inertia dia kan kuat. +__+ Owh, sangat romantik pasangan laki bini ni. Umur pun lebih kurang budak sekolah je kot.. 

Ye, islam mengajar kita untuk khusnu zon(bersangka baik) kepada orang lain. Tapi, kalau benda macam ni, mintak maap la nak bersangka baik, selagi boleh tegah kita tegah! Haih, memang rasa nak tegur masa tu, tapi fikirkan diri ini hanya la perempuan lemah (tak ada tali hitam dalam taekwondo,tak gheti nak belasah oghang :P), maka tegah dari hati untuk tidak melakukan perkara yang sama adalah lebih baik. Maka sama-sama lah renungkan apakah sumbangan kita kepada agama kita sendiri.. Jap,ada kaitan ke? -__-.

p/s : Dosa wey pegang tangan orang bukan muhrim, pegang khinzir yang comel tu pun boleh samak lagi. Dok sah la kumpul dosa, yang sedia ada pun dah banyak dok?